Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap | Betul ke sedap? Nak tahu bolehlah kalian mencubanya. Lokasinya terletak berhadapan Mid Point Shopping Complex iaitu tapak letak parking kereta yang disediakan khas untuk gerai jualan untuk penjaja-penjaja kecil.


Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Gerai Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap



Nasi Lemak Pandan MIEEZA
Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Bagi pengemar nasi lemak, bolehlah mencuba "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap" yang kini beroperasi perniagaan mereka pada setiap malam sekitar jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam.





Sebelum ini gerai nasi lemak MIEEZA telah menjalankan bisnes mereka pada bulan Ramadhan yang lalu di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Selepas hari raya Aidilfitri, mereka mula berniaga di hadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Jalan 1/25, 55100, Kuala Lumpur. Rasanya ramai yang sudah kenal lokasi di mana mereka berniaga.



Nasi lemak Pandan MIEEZA Sedap Di Pandan Indah
Mid Point Shopping Complex

Boleh lihat foto di atas, kawasan sekitar tapak letak parking kereta di mana MIEEZA CREATIVE CATERING (Nasi Lemak Pandan MIEEZA) beroperasi. Boleh juga baca entri ini berkaitan "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah".

Harapan mereka, suatu hari nanti orang akan sentiasa mengingati tentang sedap, luarbiasa rasa, bau aromanya, menyelerakan, nikmat dan sedia menerima tempahan untuk apa-apa majlis keraian.


Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Sedang Layan Pelanggan

Kita sama-sama doakan agar Nasi Lemak Pandan MIEEZA bertambah pelanggan dan semakin maju bisnesnya. Yalah....setiap perniagaan yang dijalankan, pastikan mahu sentiasa maju dan maju. Boleh mengembangkan bisnes nasi lemak pandan ke serata Selangor, Kuala Lumpur dan seluruh Semenanjung Malaysia amnya.

Setiap perniagaan pasti ada cabarannya. Moga Nasi lemaka pandan sentiasa diingati olehmereka yang pernah mencuba dan merasainya. Jika sedap, sudah pasti mereka (pelanggan) akan mencari dan sedia mendapatkannya.

Ada pelbagai sambal yang disediakan oleh mereka terutamanya sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, sambal udang, pauk-pauk dan kuih-muih. Ini akan membuatkan pelanggan boleh memilih sambal apa yang mereka mahukannya. Pasti sedap untuk mereka yang mengemarinya.



Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap
Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap

Setiap manusia akan diberi rezeki masing-masing. Oleh itu usaha, ikhtiar dan bertawakal terhadap qada dan qadar daripada Allah Taala. 

Oleh itu melihat kepada orang lain boleh berjaya, begitu juga dengan peniagaan yang dikendalikan oleh MIEEZA CREATIVE CATERING. Pemiliknya pasti menginginkan perniagaan mereka maju dan terus berdaya maju dan boleh membuka cawangannya di mana-mana saja di lokasi yang strategik.

Untuk mendapatkan kepastian dan ingin mengetahui berkaitan "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap", bolehlah berhubung melalui telefon mereka di talian yang tertera di akhir entri ini. Jika mahu membantu perniagaan mereka, bolehlah sama-sama berkongsi entri ini dan mencuba sendiri sedapnya nasi lemak pandan di Pandan Indah.

Selamat berjaya dan maju jaya buat pengasasnya, Abe Kamil yang juga merupakan penulis blog yang mungkin sudah ramai mengenali beliau. Semoga cita-cita dan wawasan beliau menjadi kenyataan. Insha Allah.....

MIEEZA CREATIVE CAKE HOUSE CATERING (002502388-M)
Tapak Letak Kereta
Mid Point Shopping Complex,
Jalan Pandan Indah 1/25,
55100, Pandan Indah,
Kuala Lumpur.
TEL: 0139975122 @ 0139995015

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Sedap"

Boleh try satu hari nanti nie.. ehehe




That is very interesting; you are a very skilled blogger. I have shared your website in my social networks..!


Online Reputation Management

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top