Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai | Ini berdasarkan sambutan yang diterima setelah baru beroperasi selama sembilan hari ketika artikel ini ditulis. Walaupun baru dibuka pada 16 Julai 2016, namun sudah ramai pelanggan yang singgah membeli Nasi Lemak Pandan Mieeza.
Nasi Lemak Pandan Mieeza |
Nasi Lemak Pandan Mieeza
Tahukah anda, nasi lemak sangat digemari ramai oleh rakyat Malaysia selain roti canai, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus ayam goreng berempah dan sebagainya.
![]() |
Foto Nasi Lemak Pandan Mieeza |
Kini ada lagi nasi lemak yang semakin digemari ramai, yakni Nasi lemak Pandan yang mana nasinya ditanak bersama air pandan asli, santan dan sedikit warna hijau muda yang kelihatan amat menarik.
Boleh Lihat Lokasi Melalui Google Map
Nasi Lemak Pandan Mieeza kini sudah beroperasi di hadapan Mid Point Shopping Complex,(Centre), Jalan Pandan Indah 1/25, Kuala Lumpur, bermula jam 7.00 pm hingga 12.00 pm setiap malam.
Lokasi sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga, di mana anda boleh membeli-belah di The Store, kemudian lepas bershopping, mereka boleh singgah di Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza yang hanya berhadapan pintu masuk utama Mid Point Shopping Complex.
Kegemaran Ramai Keutamaan Mieeza Creative Catering
Mieeza CreativeMereka mengutamakan pelanggan dengan layanan mesra ketika membeli. Mereka menitik berat tentang susun-atur yang kemas, kualiti dan kebersihan dalam setiap penyediaan makanan.
![]() |
Kamil Sallah Bersama Blogger CikPinz |
![]() |
Kamil Salleh Bersama Blogger Khir Khalid |
Kini, Nasi Lemak Pandan Mieeza semakin digemari ramai. Ada beberapa orang blogger hebat telah berkunjung ke gerai mereka iaitu Amir Nawawi, Ariffin Hj Hamzah, dan Khir Khalid. kita ucapan jutaan terima kasih buat mereka. sudah pasti mereka akan berkongsi dengan member mereka tentang Nasi Lemak Pandan Mieeza Sedap dan Bakal Top Di pandan Indah.
Jika mahu tahu tentang kisah Nasi Lemak pandan ini, boleh ikuti kisah dan cerita blogger otai kita Khir Khalid tentang Tapau Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger kamil Salleh. Di situ boleh kita lihat pengalaman beliau ketik berkunjung ke gerai nasi lemak pandan tersebut.
Permulaan Baik Untuk Blogger kamil Salleh
Sebelum ini, Kamil Salleh bekerja sebagai Chef di Bomboo Cake House, di Kota Bharu, setelah berpindah ke Ampang, Selangor. Beliau telah bekerja di Secret Recipe (kini) dan beliau kini pula telah membuat bisnes sambilan (part time) di sebelah malam sebagai penjual Nasi lemak Pandan Mieeza.Salah Sorang Pelanggan Setia |
Kita doakan agar beliau menepuh dugaan dalam perniagaannya dan semoga terus maju jaya dengan bisnesnya. Ini permulaan yang baik untuk blogger Kamil Salleh dalam menempuh hidup di Kota Raya Kuala Lumpur.
Kerajaan juga mengalakkan rakyat Malaysia untuk melakukan dua pekerjaan sebagai menambah pendapatan mereka. Hidup sekarang tidak seperti dahulu lagi. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai ekonomi keluarga.
Semoga bisnes yang beliau kendalikan mendapat sambutan dan diberkati Allah Taala. Sama-sama kita doakannya.
Akhir kata, jangan lupa berkunjunglah ke Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai tu..... jangan lupa share dengan member-member anda seklian.
1 Komentar untuk "Nasi Lemak Pandan Mieeza Digemari Ramai"
Bolehlah mana-mana yang tinggal berdekatan untuk singgah beli dan mencubanya.
Tak try tak tau....