Istilah Berkaitan Blog Dan SEO


Istilah Berkaitan Blog Dan SEO. Ramai antara kita memperkatakan SEO. Rasanya semuanya dah tahu ertinya. Walau bagaimana pun saya perlu terangkan di sini untuk memantapkan lagi pengetahuan kita tentang SEO.


Istilah Berkaitan Blog Dan SEO

Apa Itu SEO?


SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization. Kalau dalam bahasa Malaysia adalah cara untuk mengoptimunkan apa yang ada di blog anda agar blog tersenarai di enjin pencarian di Google, Bing, Yahoo, Amazon dan sebagainya. Ini akan memudahkan pembaca menjumpai apa saja maklumat yang mereka kehendaki.








Kita menggunakan teknik SEO ini agar mendapat trafik yang tinggi dalam menentukan SERP blog kita di enjin carian. Ini juga dapat menentukan PageRank kita sebagai penanda aras kedudukan kita di Google.

SEO On Page, SEO Off Page, Keyword, Backlink, Visitor, Unique Pageview, Pageview, SEO, trafik
Teknik SEO

Apa itu SERP?


SERP adalah singkatan daripada Search Engine Result Page. Dalam bahasa mudahnya keputusan dan kedudukan blog/entri kita di mana google search tempatkan. Adakah ianya berada di page pertama, kedua atau tiada langsung dalam senarai. Ia adalah hasil daripada usaha kita terhadap teknik SEO yang kita lakukan terhadap blog kita.


Apa itu Blogging?


Blogging adalah sesuatu yang kita hasilkan dalam sesebuah blog untuk diolah dengan cara tersendiri/karya sendiri untuk tatapan umum dengan menyiarkan di portal blog kita agar dapat disiarkan kepada pembaca dengan mencarinya di enjin carian.


Apa Itu Blog Walking?


Blog Walking adalah perjalanan kita untuk mendapatkan sesuatu berita, informasi, maklumat dari satu blog ke blog yang lain. Semakin banyak tempat blog yang kita lawati semakin banyak backlink yang kita dapat apabila kita meninggalkan komen di sebuah blog seseorang.


Apa Itu Niche Blog?


Niche Blog adalah sesuatu istilah blog yang memfokuskan sesuatu topik khas/khusus sebagai tajuk utama sesebuah blog bukannya mempelbagaikan topik di dalamnya. Ia penting untuk menentukan arah tuju sesebuah blog.

Ada 4 jenis Niche Blog yang ada sebagai sumber rujukan. 

  1. Whole-niche - adalah niche blog yang membahas pelbagai topik. Ambil contoh jika blog Anda membahas tentang SEO, maka anda membahas seluruh topik SEO, mulai dari template SEO, panduan SEO, Tip SEO dan keseluruhan SEO yang berkaitan.
  2. Broad-niche, adalah niche blog yang tidak membahas keseluruhan topik, melainkan sebahagian topik sahaja. Contoh jika blog anda membahas berkaitan Buffet, maka blog anda akan membahas bagaimana blog boleh menghasilkan wang, jadi pembahasannya meliputi, tempat buffet, harga buffet, keistimewaan buffet dan makanan buffet yang disediakan di blog anda.
  3. Themed-niche, adalah niche blog yang sudah mengarah ke suatu topik tertentu saja. Misalnya blog anda topiknya berkenaan Blogger, maka pembahasan di blog anda hanya SEO Off Page untuk blogger saja.
  4. Micro-niche, adalah niche blog yang sangat sempit dan begitu terarah dengan sekala kecil. Misalnya topik blog anda adalah berkaitan blog, maka pembahasan di niche blog anda nantinya hanya membahas sekitar SEO On Page khusus untuk keyword blog.

Apa Itu Pageview?


Pageview adalah jumlah halaman keseluruhan yang hadir dalam sesebuah laman blog. Semakin tinggi pageview, semakin tinggi trafik yang kita dapat.


Apa Itu Unique Visitor?


Unique Visitor adalah perkiraan jumlah yang diterima daripada pelbagai sumber daripada pengunjung yang mengunjungi sesebuah blog.


Apa Itu Backlink?


Backlink adalah satu pautan/link yang masuk dari satu laman web ke laman web lain. Semain banyak kita kunjungi sesebuah blog, maka kita akan menerima lebih banyak backlink.


Apa Itu Keyword?


Keyword adalah kata kunci dalam sesuatu tajuk blog. Ia di khususkan satu kata kunci bagi mendapatkan sumber yang sahih. Kata kunci (keyword) yang menjadi target utama dalam mencari sesuatu perkataan di enjin carian Googe, Bing, Yahoo dan sebagainya.


Pelawat, visitor, pembaca, pengunjung, jumlah pembaca, pengunjung datang
Trafik Blog

Apa Itu Trafik Blog


Trafik Blog adalah lalu-lintas visitor/pelawat atau pembaca yang datang dan singgah ke dalam blog/website anda. Ia juga boleh dijelaskan sebagai jumlah pembaca harian yang datang masuk ke dalam blog/website anda.

Trafik yang datang dari pelbagai sumber seperti daripada enjin carian Google, Bing, Yahoo, Facebook, Twitter, forum, website orang lain, Google +, youtube dan sebagainya.

Trafik datang tidak menentu setiap hari, ia mengikut sekuat mana artikel kita dapat diindex oleh Google untuk berada di muka surat pertama dan menggunakan keyword yang mencanak semasa ia disiarkan. Ia ditentukan berdasarkan keadaan semasa, jika keyword yang digunakan adalah hot/panas ketika itu maka semakin tinggi trafik yang dapat.


Apa Itu Link Nofollow


Link Nofollow adalah link yang tidak akan di follow oleh robot enjin carian google. Namun ini tidak bermaksud google tidak akan mengira link-link seperti ini. Penggunaan tag nofollow ini tidak baik untuk SEO. Link nofollow ini sebaiknya digunakan untuk tujuan link affiliate atau pengiklanan.


Apa Itu Link Dofollow


Link Dofollow pula adalah link yang akan di follow oleh robot enjin carian google. Apabila link ini dipasang pada blog / website. Link nofollow ini dinilai lebih baik dan penting oleh google kerana ia akan meningkatkan Google PageRank anda. Tetapi penggunan link dofollow yang terlalu banyak dan kerap pada sesebuah halaman adalah tindakan yang tidak selamat kerana google akan menganggapnya sebagai spam.


Apa Itu Seo On Page


SEO On Page adalah kekuatan backlink dari sebuah entri ke entri lain dari blog kita sendiri. Ia juga adalah proses untuk mengoptimasikan laman blog/website. Ia termasuk teks, foto/gambar dan link di blog anda.


SEO On Page juga merupakan teknik seo yang dijalankan di dalam laman blog/website meliputi perubahan meta title, meta deskription, meta keyword, meta robot, pemasangan sitemap google, pemasangan google verification meta code atau google analitycs, optimasi img alt tag dan menperbaiki broken link website serta update konten website.


Kelebihan SEO On Page

  • Membuat blog lebih SEO Friendly.
  • Mempermudah mesin pencari mengindex halaman dengan tepat.
  • Mengundang pengunjung untuk berkunjung ke blog kita.
  • Mempermudah blog anda rangking tinggi di google.


Apa Itu SEO Off Page


SEO Off Page merupakan teknik seo yang dikerjakan diluar website dengan mencari sejumlah backlink tertentu pada website seperti pada social bookmarking,social networking seperti Facebook, Twitter, Google +, web directory,artikel directory,forum,dan laman blog orang lain.


Kelebihan SEO Off Page

  • Meningkatkan trafik blog.
  • Mendapatkan rangking.
  • Menambah sumber trafik.
  • Penjenamaan blog agar dikenali.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
13 Komentar untuk "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO"

Sangat menarik artikel berkaitan istilah-istilah blog, jika tidak faham boleh rujuk di sini. Terima kasih berkongsi informasi.

Artikel yang meanrik sekali. Istilah berkaitan dengan blog amat penting. Dengan adanya istilah ini, senang pembaca nak buat rujukan. Terima kasih sudi berkungsi informasi ini. Ia boleh dijadikan rujukan kepada pembaca dan pengguna blog.

Salam... lama tak berkunjung di blog ini. Semoga banyak lagi info berkaitan SEO. Artikel ini banyak manfaatnya.

Ilmu bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian

Best je bila SEO blog terkena. Senyum sorang2 je. hehehe. Tapi tu lah.. SEO ni unik.. Susah nak tafsirkan.

Ya,,bukan semua orang boleh bersabar main SEO ni..haha

Masih belum habis lagi belajar bab seo ni..

perkongsian yg berilmu... menarik!!

Saya berkongsi pun berdasarkan pengalaman dan info daripada blog orang lain. Ilmu bukan untuk disompan tetapi untuk dikongsikan kepada orang lain.

Memang susah nak dapat SEO terbaik tetapi jika kita ikut segala langkah-langkah yang betul, pasti dapat SEO kaw-kaw.

Nak main SEO kena bersabar dan cari ilmu baru untuk dipraktikkannya.

Saya pun belum habis lagi dengan teknik SEO dan sukar ditafsirkan dalam bentuk menghasilkan SEO yang ada kuasa dan boleh kekal berada di SERP.

Bolehlah Cik Wan Muliani baca betul-betal dan cuba fahaminya. disamping itu bolehlah juba praktikkannya.

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top