Cara Hapuskan Broken Link Di Blog | Anda ada sebuah blog tetapi adakah anda tahu berkaitan "Broken Link" ini. Saya rasa ramai yang tidak mempedulikan atau tidak ambil kisah dengan istilah ini. Apa pun alasannya, anda sebagai blogger seharusnya mengetahui berkaitan "Broken Link" atau "Pautan Rosak".
Broken Link |
Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Anda sebagai seorang blogger yang memiliki blog seharusnya kena tahu istilah berkaitan "Broken Link" atau "Pautan Rosak" yang ada di blog anda. Apa itu sebenarnya broken link dan bagaimana "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" anda. Jangan biarkan broken link berada di dalam blog anda. Lakukan pemeriksaan dengan segera dan membuangnya sekerap yang mungkin.
Apa Itu Broken Link
Broken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat", "404-Halaman Tidak Dijumpai".
A broken link is a link that doesn't work, often resulting in an error page. A broken link happens when the link points to a web page that has been deleted or moved. Why is it important to fix a broken link?Links that are broken will effectively stop search engines from completely indexing your website. Sumber.
Bagaimana Terjadinya Broken Link
Banyak terjadinya Broken Link yang boleh kita jumpai. Ia disebabkan oleh link tersebut telah berpindah ke blog lain, link terbabit telah delete/dihapuskan atau telah ditukar permalink kepada custom link atau blog mereka sudah tidak wujud lagi di arkib/database google search/engin carian Google.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghapuskan broken tersebut. Anda boleh menggunakan "Broken Link Checker Tool".
Cara Hapuskan Broken Link
Anda perlu membuang atau menghapuskan link rosak tersebut dengan menggunakan "Broken Link Checker Tool". Tool inilah yang paling terbaik dan ramai yang menggunakannya untuk menghapuskan link mati tersebut di blog mereka.
- Buka URL Broken Link Checker Tool.
Broken Link Checker Tool |
- Masukan URL Blog Anda di kotak seperti di atas "Enter your below (e.g www.example.com). atau Contoh: http://example.com.
Cara Masukan URL Blog di Broken Link Checker Tool |
- Masukan Security Code yang telah diberikan. Boleh lihat foto di atas. Kemudian klik di "Find broken links now!.
- Tunggu sehingga siap. Dianggarkan 3 minit akan siap proses mencari link rosak di blog anda. Ia mengikut sebanyak mana entri anda yang berada di blog. Makin banyak entri/artikel semakin lama proses tersebut berjalan.
Broken Link Yang Siap Diproses |
- Jika dilihat kepada foto di atas, kita dapati ada 7 Broken Link yang ada semasa proses tersebut. Anda boleh tekan src untuk melihat link yang mata itu dan boleh membuangnya dengan cara edit balik entri tersebut di blog anda. Tajuk entri tersebut boleh dapat di atas pautan link tersebut setelah anda klik src (berwarna biru).
Keadaan Broken Link (ralat) Di Blog Anda |
- Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat dahulu adakah ia tersenarai di artikel blog atau di bahagian komen blog anda. Jika di bahagian komen tidak perlu edit entri tersebut, cuma hapuskan komen yang ada error Broken Link tersebut. (boleh lihat di foto "Broken Link Yang Siap Diproses) dan jika ada di artikel blog, bolehlah edit balik tajuk entri terbabit yang menunjukkan ada Broken Link.
Tajuk Entri Ada Broken Link |
- Nak tahu boleh tengok dan baca error tersebut sepintas lalu adakah ia berkaitan komen atau link rosak yang ada di dalam blog anda. Biasanya ia berkaitan link atau backlink daripada anchor link, internal link, external link dan sebagainya.
- Bolehlah hapuskan apa yang error di mana-mana entri yang ada Broken Link. Ia perlu dilakukan satu persatu. Ia agak rumit dan memenatkan namun ia memberikan blog anda lebih mesra SEO dan jika tidak sukar entri anda berada di halaman google carian kerana terlampau banyak sangat link yang rosak tersebut.
- Setelah link mati tadi telah dihapuskan, cuba ulang kembali proses di "Broken Link Checker Tool".
Kesimpulan
Apa yang saya cubakan tunjukan tutorial ini adalah yang terbaik untuk memudahkan anda lakukan. Ini dikhaskan untuk pengguna blogspot. Bagi yang menggunakan Wordpress, pasti ada cara lain mereka lakukan. Mereka ada plugin untuk install/pasang di blog mereka. Kita sebagai pengguna platform Blogspot seharusnya menggunakan teknik ini.
Semoga sedikit sebanyak dapat membuatkan blog anda bersih daripada "Broken Link" atau "Link Rosak" atau "ralat". Tidak faham boleh bertanya di menerusi Gmel: kamil.salleh@gmail.com.
Jika tutorial ini "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" bermanfaat, bolehlah berkongsi ke rakan-rakan anda nanti. Semoga blog anda bebas link yang mati.
Jangan lupa baca "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO", supaya lebih memahami lagi sitilah-istilah yang ada pada blog dan SEO.
Jangan lupa baca "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO", supaya lebih memahami lagi sitilah-istilah yang ada pada blog dan SEO.
Sekian, terima kasih sudi membaca artikel ini sehingga habis. Jumpa lagi di lain entri. Semoga berjaya.....!
20 Komentar untuk "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog"
Terima kasih. Saya pendatang baru dalam blogspot. kena check juga nih.
Bolehlah buang Broken Link tu Tuan Sobri Mansor. Terima kasih sudi membaca hingga habis.
MV pun rasa macam ada juga broken link dalam blog ni, Thanks Abg Kamil
Sama-sama, semoga tiada lagi broken lunk kat blog Noriza Rahman.
thanks tuan atas perkongsian ini
nanti kena ceklah if any broken link dalam blog
tuan, saya dah cek. tp kenapa banyak keluar url orang lain ek?
jenuhla nak betulkan satu2 ni, banyak betul... aduhai
Sama-sama...Saya sekadar berkongsi informasi buat blogger yang menggunakan blogspot.
Pasti banyak jika dah bertahun-tahun tak buang broken link ini.
Itu sudah pasti link yang rosak daripada merekalah terjadinya broken link, yakni link yang mati.
Dekat mana tu ada link orang lain.
banyak jugak broken link tapi saya tak berapa faham ada dari blog orang lain. hahhaa..
contohnya daripada blog mahamahu.com, dan banyak lagi la tuan. memang kebanyakan link broken daripada blog luar
Biasanya ada di blog olang lain disebabkan kita ada jadi penaja di blog olang lain.
tq untuk tuto ni..
singgah + follow sini.. :)
jemput join GA Shawal ^^
http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html
assalam.. terima kasih abg kamil salleh.. try url tu ada lebih 3000 link broken kat blog lama saya,, yang abg kamil tunjuk tu komen kan,, kalau 'post-body entry-content'boleh delete ke yang kesemua highlight,, blog lama tu saya dah import ke blog baru,, tapi still ada kat carian google,,,
kena baca berulang kali sebab kurang faham,, apapun terima kasih banyak bagi tunjuk ajar ^_^,,
terim kasih utk info ni..byk rupanya broken link kt blog sy.
ada chek gak nak buangnya xreti lagi... huhuhuhu
Dah check. Nak membuang tu masih terkial-kial lagi. Huhuuu perlu fahamkan betoi2 ni. Kang satgi makin parah