10 Soalan Berkaitan ONEXOX?

10 Soalan Berkaitan ONEXOX? | Bagi memudahkan pengguna, mari kita rungkaikan persoalan berkaitan satu simkad yang super jimat, yakni ONEXOX. Semoga jawapan setiap persoalan terjawab nanti memberi banyak penyelesaian masalah yang berkaitan. Apakah soalan yang selalu pengguna kemukakan? Sila baca sampai habis ye.....


Soalan Berkaitan ONEXOX
Simkad ONEXOX


Soalan Berkaitan ONEXOX?

Bagi mengelakkan kekeliruan dan persoalan yang sering bermain di fikiran pengguna, mari kita selami persoalan yang sering ditanya oleh pengguna. Soalannya adalah:

1. Apa Itu ONEXOX?

ONEXOX adalah salah satu jenama produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang dikendalikan oleh XOX Berhad dan disedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn Bhd.

2. Di Mana Nak Dapatkan Simkad ONEXOX?

Simkad ONEXOX Starter (permulaan) boleh dapat melalui pengedar ONEXOX yang telah dilantik. Boleh hubungi wakil-wakil pengedar yang sah supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

3. Berapakah Harga Sekeping Sim Pack ONEXOX?

Simkad ONEXOX hanyalah berharga RM10 sekeping, ia mengandungi kredit/airtime berjumlah RM5. Ini bermakna modal anda sebenarnya berjumlah RM5 sahaja kerana baki RM5 lagi adalah kredit yang telah dimasukan ke simkad pengguna. Ia harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh sesiapa saja.

4. Berapakah Tempoh Aktif ONEXOX?

Jika anda pengguna simkad ONEXOX baru, 30 hari tempoh aktif diberikan tetapi jika anda kekalkan nombor lama anda, tempoh 28 Bulan atau 2 tahun 4 bulan akan diberikan terus setelah anda topup RM50.

5. Berapakah Tambah Nilai/Topup Dijual?

Biasanya tambah nilai/topup yang dijual adalah berjumlah RM5, RM10, RM30 dan RM50. Boleh ditambah lagi dengan gandaan nilai tersebut. Seelok-eloknya topup dengan nilai besar agar tempoh hayat anda lebih lama.


6. Di Manakah Tambah Nilai Dijual?

Pengguna boleh topup prepaid ONEXOX daripada pengedar-pengedar yang sah seperti kedai 7 Eleven, Stesen Minyak seperti Shell, Mobil, BHP, Petronas, Caltex, ESSO dan boleh juga dapatkan di kedai-kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Nak beli senang sahaja, hanya perlu sebut simkad yang diguna seperti berikut "XOX Sepuluh Ringgit" atau "XOX Lima Ringgit" kepada jurujual tersebut. Ia juga boleh dapat secara perbankan online melalui SELFCARE.

7. Bolehkah Kekal Nombor Lama/Sedia Ada (MNP)?

Ya. Sudah tentu boleh. Simkad MNP ONEXOX disediakan untuk pengguna yang ingin mengekalkan nombor sedia ada mereka. Dalam erti kata lain boleh tukar nombor telxo XXX lama ke ONEXOX. Hanya RM10 sahaja dan yuran pendaftaran secara percuma.


8. Mengapa Perlunya Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Akaun tersebut dibuat bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai mereka dengan menikmati kadar yang terendah secara berterusan yang ditawarkan pada akaun dedikasi (DA). 


9. Adakah Plan Data ONEXOX Boleh  Digunakan Pada Semua Gajet?

Yup... Plan data ONEXOX menyokong hampir kesemua gajet yang ada, ini sekiranya gajet tersebut ada slot simkad. Pastikan ketetapan yang betul dipasang pada gajet anda. Biasanya...apabila simkad diaktifkan, secara automatik Selfcare ONEXOX akan mengirimkan ketetapan/setting terus ke gajet anda. Namun begitu Blackberry Internet Servis (BIS) tidak boleh menyokong ketetapan tersebut.

ONEXOX juga menawarkan plan data berkelajuan tinggi sehingga 7 mbps muat turun mengikut had koata data/hari yang dilanggan. Ini bermakna pelanggan akan dapat akses internet berkelajuan tinggi tanpa gangguan. Selagi koata dan tarikh tempoh langgan belum habis, anda dapat menikmati sepenuhnya.


10. Adakah SMS Percuma Diberikan Kepada Pelanggan ONEXOX?

Ya. SMS percuma dibekalkan secara percuma hanya kepada nombor-nombor yang menggunakan rangkaian sama (ONEXOX, XOX) termasuk 5 nombor ONEXOX yang didaftarkan di dalam Family & Rakan ONEXOX. Kadar rendah dan kadar biasa akan dikenakan bergantung kepada baki kredit akaun (DA dan MA) bagi SMS yang telah kehabisan kuota SMS Percuma.

Kesimpulannya

Hanya 10 Soalan Berkaitan ONEXOX di dalam entri ini. Untuk mendapatkan soalan lanjutan yang lebih detail lagi, bolehlah ikuti Pengalaman Bersama ONEXOX. Di situ anda akan temui pelbagai pengalaman beliau semasa menggunakan simkad ONEXOX. Bila dah baca boleh juga sertai Contest SEO yang menawarkan hadiah lumayan untuk pengguna ONEXOX. Jangan lupa ye....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
6 Komentar untuk "10 Soalan Berkaitan ONEXOX?"

Best nya kat 2 tahun tempoh aktif tu :D

Memang best tetapi bukan Best Mobile tetapi Onexox.

Kalau guna onexox lagi terbaik.

Bolehlah bertukar ke onexox.

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top