Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya

Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya | Ramai pemilik blog masih tidak tahu tentang niche dan kegunaanya yang sebenar. Tidak mengapa, saya akan huraikan sebaik mungkin agar anda semua memahaminya. Ia akan menjadikan blog anda lebih berautoriti dan mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.



Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya
Niche Blog

Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya?

Niche blog adalah sebuah blog yang hanya memfokuskan sesuatu perkara khusus berkaitan topik, tema yang berkaitan dengannya sahaja dalam sebuah blog atau website. Contoh mudah adalah anda ada sebuah kedai menjual khas untuk bayi sahaja. Maka...barangan yang anda jual hanya tertumpu pada bayi seperti susu bayi, pakaian bayi, barangan mainan untuk bayi, makanan untuk bayi dan sebagainya.

Ia tidak akan memfokuskan perkara lain di dalam blog mereka. Ini bagi memudahkan pembaca untuk mencari maklumat yang mereka perlukan. Jika blog yang menggunakan pelbagai topik, maka sudah tentu pembacakan tercari-cari di mana maklumat yang mereka perlukan itu. Ini memerlukan percarian yang amat sukar untuk ditemui.


Kelebihan Dan Kegunaan Niche Blog?

Mari kita cari kelebihan yang ada pada blog yang mempunyai niche tertentu dan khusus satu topik sahaja dan tidak mempelbagaikan topik lain di dalamnya. Diantara kelebihannya adalah:


  • Lebih mudah untuk dicari oleh pembaca. Ini bermakna pembaca akan lebih mudah mencari sesuatu perkara atau topik. Segala maklumat berkaitan akan ada di blog tersebut. Pemilik blog juga harus gunakan niche tersebut dengan sebaiknya, jika dicampur-aduk dengan topik lain maka blog itu tidak ada autoriti.
  • Lebih mudah untuk menjadikan blog itu berautoriti. Beroutoriti bermakna blog itu ada identiti tersendiri terhadap sesuatu perkara dan tidak menyiarkan/menulis artikel di luar bidang kuasa mereka atau di luar dari tajuk niche tersebut. Bila blog ada autoriti., maka blog itu disayangi oleh Google.
  • Lebih mudah pembaca membuat rujukan terhadap blog terbabit. Bila dah tahu sesuatu blog itu ada niche tertentu dan tersendiri, maka blog itu akan mendapat trafik yang tinggi kerana mereka akan terus berada di satu-satu blog tanpa pergi ke blog lain lagi kerana sudah ada maklumat yang mereka perlukan.
  • Lebih mudah dioptimasi. yakna mudah dikendalikan oleh empunya penulis blog kerana hanya perlu fokuskan kepada satu saja perkara. Walau pun hanya difokuskan kepada satu jenis tetapi dipecahkan tajuk/keyword tersebut tajuk-tajuk kecil yang lain.
  • Lebih mudah diindex oleh Google, yakni artikel tersebut cepat berada di Search Engine Result Page (SERP). Sebaik-baiknya entri tersebut, 1 hingga 2 minit dah berada di page enjin carian Google. 
  • Nilai "Click Per Click" (CPC) lebih tinggi nilainya. Ia dikhaskan untuk iklan Adsense.

Jenis-Jenis Niche Blog

Jika diambil kira keadaan semasa, terdapat 4 jenis Niche blog yang boleh kita kategorikan. Setiap jenis niche ada maknanya yang tersendiri. Apakah jenis niche blog tersebut:

  • Broad-niche - Niche blog yang tidak membahas keseluruhan topik, melainkan sebahagian kecil topik sahaja. Contoh jika blog anda membahas berkaitan Buffet, maka blog anda akan membahas bagaimana blog boleh menghasilkan wang, jadi pembahasannya meliputi, tempat buffet, harga buffet, keistimewaan buffet dan makanan buffet yang disediakan di blog anda.
  • Micro-niche - Niche blog yang sangat sempit dan begitu terarah dengan sekala kecil. Misalnya topik blog anda adalah berkaitan blog, maka pembahasan di niche blog anda nantinya hanya membahas tentang blog tertentu sahaja seperti SEO On Page, khusus untuk keyword blog.
  • Themed-niche - Niche blog yang sudah mengarah ke suatu topik tertentu saja. Misalnya blog anda topiknya berkenaan Blogger, maka pembahasan di blog anda hanya SEO Off Page untuk blogger saja.
  • Whole-niche - Niche blog yang membahas pelbagai topik. Ambil contoh jika blog Anda membahas tentang SEO, maka anda membahas seluruh topik SEO, mulai dari template SEO, panduan SEO, Tip SEO dan keseluruhan SEO yang berkaitan.

Kesimpulannya:

Niche blog sangat bagus untuk sesebuah blog, ia memfokuskan hanya topik tertentu sahaja dan tidak membicarakan di luar bidang kuasa sesuatu perkara lain. Walau bagaimana pun setiap kelebihan sesuatu niche blog, pasti ada kekurangannya. 

Kekurangan yang tidak menggunakan niche blog adalah dari segi trafiknya. Kadang-kadang tinggi dan ada kalanya ia berkurangan. Jika ada artikel yang panas/hot, ia meningkat naik dan begitulah sebaliknya.

Niche blog adalah pilihan penulis blog itu sendiri, di mana mereka fikirkan yang terbaik untuk blog mereka? Tidak menjadi kesalahan, jika blog itu mempelbagaikan niche blog pun. Apa yang penting, ia memberi anda keselesaan terhadap apa yang anda ingin kongsikan kepada pembaca.

Jika ingin tahu lebih lanjut tentang sesuatu blog, bolehlah baca artikel ini "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO" untuk menambahkan lagi pengetahuan anda terhadap BLOG dan SEO. Jika untuk menguji Niche Blog dan SEO,  boleh ikuti contest SEO dengan menggunakan link di bawah:



Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Apa Itu Niche Blog Dan Kegunaanya"

Hi! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout out and say I genuinely enjoy reading your blog posts. Can you recommend any other http://microniche.world/what-is-micro-niche-and-how-can-you-find-yours/ What is Micro Niche -
blogs that go over the same topics? Thanks a ton!

Hi! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout out and say I genuinely enjoy reading your blog posts. Can you recommend any other http://microniche.world/what-is-micro-niche-and-how-can-you-find-yours/ What is Micro Niche -
blogs that go over the same topics? Thanks a ton!

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top