Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO

Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO. Ramai yang ingin belajar SEO (Search Engine Optimization) terutamanya blogger baru yang masih cetek ilmu blogging. Seorang blogger sudah tentu mahukan agar blog mereka sentiasa mesra SEO (SEO Friendly). Mereka menggunakan apa cara agar blog/entri mereka cepat diindex oleh Googlebot dan menampilkan entri mereka di halam pertama enjin carian google.

Mereka (blogger) pasti mencari artikel/entri di laman-laman blog berkaitan SEO untuk mendapatkan tip SEO terbaru dan panduan blogspot yang berkaitan. Namun bukan semua tip-tip yang dikongsi boleh kita ikuti kerana ianya sentiasa berubah dari setahun ke setahun. Oleh itu "Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO". Berhati-hati dalam memcari maklumat dan mempelajarinya tentang artikel-artikel tersebut. Mengapa ya?



Berhati-Hati Ketika Belajar SEO
Google Panda


Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO


Semenjak kebelakangan ini paradigma tentang SEO sentiasa berubah dengan cepat dari setahun ke setahun. Sampai tidak terkejar kita sebagai blogger hendak mengikutinya tetapi kena wajib ikut juga jika tidak kita tertinggal jauh ke belakang. Kita tahu.... bukan semua tip dan teknik SEO itu adalah betul. Bahkan, ia setiasa berubah dan sentiasa di kemas kini oleh Google. Oleh itu kita perlu mengikutinya untuk terus belajar SEO, lebih lagi berkaitan "Algoritma Ranking Google" seperti Google Panda, Google Penguin, Hummingbird.

Ia digunakan untuk memilih content-content yang berbilion di dunia maya/internet untuk dinilai dan diberi gred atau standard tertentu di halaman mesin/enjin carian Google. Ia sentiasa berkembang mengikut standard di algoritma ranking yang telah diubahsuai sendiri oleh Google. 


Algoritma Ranking Google


Ada tiga jenis "Algoritma Ranking Google" yang sentiasa kita temui iaitu Google Panda, Google Penguin dan Hummingbird. Mari kita baca huraian tersebut agar semua dapat memahaminya.


1. Google  Panda

Ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan "Google Panda". Ia sering diperkatakan dan sering menjadi topik hangat para blogger. Kenapa tidaknya? Google Panda bertindak sebagai polisi terhadap SEO Google untuk mengimbas dan menyekat blog yang menggunakan teknik "Black Hat SEO" yang memang amat merugikan para blogger jika melakukannya.

Google Panda hanyalah robot yang direka daripada Goole untuk mengesan sebarang teknik yang meragukan dan spam yang akan menjejaskan dan mungkin menyerang googlebot itu sendiri. Sampaikan "White Hat Webmaster" pun kena diimbas juga dengan Google Panda ini juga.

Jika terdapat dua buah atau lebih artikel yang menggunakan tajuk artikel yang sama dengan URL berbeza dan telah diindex oleh Google, ia dipanggil duplikat tag judul.

Jika deskripsi/description juga sama, maka ia disebut sebagai duplikat deskripsi. Kedua-dua perkara ini perlu dielak kerana duplikat terbabit akan menjadikan artikel anda tidak unik. Gunakan lagi artikel yang asli hasil ciptaan atau penulisan kita sendiri.

Jika kedua-dua duplikat ini ada di artikel anda, lambat-laun artikel anda di peringkat SERP akan turun dengan mendadak. Ini akan merugikan kita semua. Semakin berbeza artikel anda di antara satu artikel ke artikel yang lain berbeza, maka amat sukar untuk Google Panda untuk mengesannya.



2. Google Penguin

Google Penguin berfungsi untuk memerhati dan meninjau backlink yang terhasil daripada blog anda. Ia akan dapat mengesan backlink extenal, backlink internal, berapa jumlah backlink yang terhasil dan daripada backlink yang diperolehi dan apa teks link yang digunakan?

Backlink yang diperolehi daripada blog yang mempunyai google pagerank yang tinggi amat relevan dengan blog anda amat disukai oleh Google dan amat menguntungkan.

Jika backlink yang banyak diperolehi itu semakin banyak, ia memberi nilai positif, apatah lagi jika berasal dari link yang menyakinkan dan berpengaruh serta berkualiti.

Jangan biarkan blog anda mendapat backlink yang berbentuk spam. Ini bermakna anda membiarkan blog anda terjelumus ke hancuran dan artikel nada jatuh merudum ke bawah atau tidak dapat mencarinya di SERP nanti.



3. Google Hummingbird

Google Hummingbird adalah Algoritma Google yang telah dihasilkan oleh Google dan dilancarkan pada 27 September 2013. Ia bersamaan dengan ulangtahun Google yang ke-15. Ia lebih bersifat mesra pengguna. Ia menilai terhadap sesuatu trafik dalam sesebuah laman sesawang.

Ia adalah perubahan algoritma yang sangat besar sehingga 90% dari hasil pencarian. Walau bagaimana pun situasi ini amat ditakuti oleh kebanyakan blogger kerana ia terlalu memilih terhadap sesuatu halaman untuk dinilai dalam bentuk trafik dan pageview.

Hummingbird ini menilai sesuatu website/blog dengan mengambil kira pageview, trafik yang datang ke laman sesawang anda. Satu sistem baru yang berlainan sekali peranannya. Ramai yang menganggap pagerank tidak relevan lagi. Sebenarnya ia masih relevan tetapi telah diperbaharui oleh Google dengan mengambil kira semua kategori yang menjadi rahsia mereka. 

Apa yang perlu kita/anda lakukan hanyalah menghasilkan artikel/content yang bermutu, berkualiti, artikel yang panjang, tidak mengamalkan copy paste 100%, jaga ejaan yang betul, perkataan yang tidak bercelaru dan sebagainya. 



Kesimpulannya

Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO dan berhati-hati dengan kandungan blog yang anda siarkan/hantarkan agar tiada berlaku sesuatu yang tidak disukai oleh Google seperti keyword yang tidak relevan, copy paste 100%, spammer, phishing. trijan, virus, malware. Jika tidak blog/entri anda dihukum oleh ketiga-tiga sistem Google yang sentiasa menjalankan tanpa henti untuk mengelakkan diceroboh atau dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
14 Komentar untuk "Berhati-Hati Ketika Belajar Teknik SEO"

Terima kasih kerana berkongsi ..

Tuan, maksydnya berapa kekerapan kita kena update knowledge seo ke?

Sama-sama Mr Hanafi.... Insya Allah akan buat banyak lagi artikel berkaitan SEO.

Yup...betul tu, makin banyak artikel yang anda siarkan/hantarkan semakin meningkatkan penjenamaan anda di mata Goole dan semakin senang artikel kita berada di top SERP, yakni halaman pertama di carian engine Google.

Semoga lengkap jawapan saya berikan. Insya Allah....

Tq atas perkongsian ini. Saya blogger yang baru ni. BAru faham mengenai google robot ni. Perkongsian ilmu yang sangat berguna..

Baru tahu nama-nama ni.selalu tak ambil kisah pun..thanks berkongsi

saya kadang-kadang tiada idea berkaitan dengan ilmu SEO ini..

Terima kasih atas perkongsian.
Bila ler Mrs. A nak pandai SEO ni?

tips untuk alert dengan google algo...

rajin2 blgwalking.. baru kita tahu hal semasa

Kadang-kadang letih juga nak kejar seo nie.
Kan.
Sentiasa berubah je.

wah...

tak tahu pulak SEO ni stiasa brubah...

itulah, SEO sentiasa berubah, jadi elok juga kalau boleh berguru seelok-eloknya dengan yg pakar

Bagus info ni...That y rasa pelik kenapa blog MYiDEAKiNi jatuh mendadak lately...Cuma masih lagi tak faham dengan sistem google panda, peguin & hummingbird. Untuk pemahaman yang lagi mantap, lebih elok diberi contoh setiap sistem tersebut. .Jadi mudah untuk di jadikan rujukan dan panduan pada bloggers yang lain....

Anyway terima kasih atas kesudian komen di blog MYiDEAKiNi yer....Ada masa nanti MYiDEAKiNi study dengan lebih detail dengan penggunaan SEO dalam dunia blog.

Terima kasih sekali lagi...

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top