Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950

Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950. Keperihatin kerajaan terhadap bebanan rakyat yang terpaksa dipikul berikutan kenaikan kos sara hidup. Selain itu juga kerajaan mengambil kira kemampuan fiskal negara.

Bajet 2015, BR1M Naik, RM950
Bajet 2015: BR1M Naik RM950

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 daripada RM650 kepada RM950 bagi isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Kaedah pembayaran akan dilakukan sebanyak tiga kali dalam setahun iaitu sebanyak RM300 pada bulan Januari dan Mei sementara RM350 akan dibayar dalam bulan September 2015.


Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950
BR1M 4.0

Bagi isirumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula, kerajaan menaikan BR1M sebanyak RM300 iaitu daripada RM450 kepada RM750. Kaedah bayaran sebanyak RM200 untuk bulan Januari dan Mei sementara itu baki RM350 akan diberi pada bulan September 2015 tahun depan.

Kerajaan juga akan meningkatkan BR1M bagi individu bujan 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan daripada RM300 kepada RM350 dan pembayaran akan dibayar sekaligus mulai awal Januari 2015.

Sementara itu, insuran takafur berkelompok (i-BR1M) akan ditukar atau diganti dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada pewaris dengan kadar bayaran sebanyak RM1,000.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Bajet 2015: BR1M Naik Sehingga RM950"

Yehhhh.... bestnya dapat RM950, bolehlah buat digunakan untuk isi minyak motor tahundepan.

alhamdulillah.. dapat mmbantu org yg susah walaupun masih belum ckup..

Setakat sekali ja nak dapat BR1M ni memang tak membantu sangat la..pendapat MV la...

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top