Keputusan UPSR 2017

Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada 23 November ini. Semua murid tahun 6 boleh dapatkan keputusannya di sekolah masing-masing.


Keputusan UPSR 2017
Keputusan UPSR 2017


Keputusan UPSR 2017


Kementerian pendidikan telah menetapkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada 23 November ini.


Keputusan UPSR 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia



Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR tahun ini membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan Semoga impian ibubapa  keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 29 November 2017 dan tamat pada pukul 6 petang pada 29 November 2017.

Kita sama-sama doakan agar anak kita yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini mendapat keputusan dengan cemerlang. Lebih cemerlang lagi ketika Keputusan Percubaan UPSR 2017 yang lalu.

Ramai ibubapa yang mahu anak mereka yang bersekolah tahun 6 ingin dapatkan 6A dalam semua subjek. 

Bolehlah kita pakat solat hajat dan berdoa agar keputusan anak-anak kita dapat menceriakan hati.

Jika sebaliknya, kita berikan mereka moral dan semangat agar mereka tidak sedih dan muram.

Murid-murid tahun 6 akan berada di tingkatan 1 di sekolah menengah tahun depan.

Mereka boleh perbaiki lagi dan belajar bersungguh-sungguh agar mereka dapat keputusan cemerlang pada PMR 2020. Insha Allah....

Jangan lupa kongsikan Keputusan UPSR 2017 kepada murid-murid tahun 6 di seluruh negara.

Wassalam.....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan UPSR 2017"
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top