Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

Anugerah Puskas FIFA diperkenalkan pada pertama kali pada 2008 sebagai memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskas ketika era kegemilang beliau  (1950an-1960-an) yang hebat dengan menjaringkan gol 512 dalam 528 perlawanan. Pemain pertama yang dapat anugerah ini adalah Cristiano Ronaldo.


Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016
The Fifa Puskas Award 2016 - Mohd Faiz Subri (MAL)

Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

Jaringan tercantik dipilih dan dicalonkan oleh "The Fifa Puskas Award 2016" untuk anugerah ini bermula pada 30 September 2015 sehingga 30 September 2016. Berikut adalah senarai nama pemain bola sepak terpilih sebagai 10 jaringan tercantik untuk dipertandingankan bagi merebut Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016

- Mario Gaspar (SPA): Sepanyol menentang England, aksi perlawanan antarabangsa.

- Hlompho Kekana (RSA): Cameroon menentang Afrika Selatan, kelayakan Piala Afrika. 

- Marlone (BRA): Corinthians menentang Cobresal, Copa Libertadores.

- Lionel Messi (ARG): Amerika Syarikat menentang Argentina, Copa America Centenario.

- Neymar (BRA): Barcelona menentang Villarreal, La Liga.

- Saul Niguez (SPA): Atletico Madrid menentang Bayern Munich, Liga Juara-Juara.

- Hal Robson-Kanu (WAL): Wales menentang Belgium, Euro 2016.

- Daniuska Rodriguez (VEN): Venezuela menentang Colombia, Kejohanan Wanita Bawah 17 Tahun Amerika Selatan 

- Simon Skrabb (FIN): Gefle menentang Atvidaberg, Allsvenskan.

- Mohd Faiz Subri (MAS): Pulau Pinang menentang Pahang, Liga Super Malaysia.


Mohd Faiz Subri Tersenarai Top 3 Anugerah Puskas Fifa 2016






Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya merasa bangga dengan Mohd Faiz Subri, pemain bola sepak Malaysia pertama tersenarai untuk anugerah ini. Satu pencapain yang luar biasa, fantastik, amazing, menakjubkan,magik, unik dan apa saja gelaran hebat yang boleh kita berikan. 

Rasanya semua pembaca sudah tahu di mana nak undi beliau. Mohd Faiz Subri layak berdasarkan 3 pemain terbanyak dari segi peratus ini baru-baru ini. Pemain lain yang tersenarai untuk pemilihan 3 penjaring tercantik adalah Marlon (BRA) dan Daniuska Rodriguez (VEN).

Undian akan dilakukan sekali lagi diantara tiga gol ini sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.

Kita doakan agar beliau berjaya mendapat anugerah tertinggi ini, yakni sebagai pemenang pertama untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Selamat berjaya.... ayuh "Rakyat Malaysia"......!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016"
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top