14 Sep 2016

10 Tip Beli Barang Online

10 Tip Beli Barang Online | Trend terkini, ramai pengguna membeli barang secara online kerana ada sebab-sebab tertentu mereka berbuat begitu. Salah satunya adalah mudah, cepat dan ringkas. Adakah anda salah seorang pembeli barangan secara online? Jika ya! Anda perlu baca 10 tip yang saya berikan ini.



10 Tip Beli Barang Online
Beli Barang Online

10 Tip Beli Barang Online

Sebelum memberi barang secara online, anda perlu tahu tip-tip agar tidak mudah tertipu dengan barangan, perkhidmatan, kualiti, kuantiti dan kredebiliti syarikat yang mengendalikan jualan tersebut.

  • Sebelum melakukan apa-apa pembelian selidik dahulu laman sesawang jualan tersebut. Mana tahu syarikat tersebut tidak wujud atau sekadar ditubuhkan untuk menipu pengguna.

  • Hubungi penjual melalui whatsapp, mesej, telefon dan sebagainya bagi menentukan kesahihan sebelum membeli secara online.

  • Sila dapatkan pandangan pelbagai pihak seperti pengguna lain, pembeli yang sudah membeli barangan mereka, rakan-rakan yang kita kenali. saudara-mara atau sesiapa saya yang kita perlu bertanya.

  • Lawati fanpage jualan jika mereka tubuhkan, Instagram jika ia wujud, website jika mereka ada atau group whatsapp jika ada disediakan untuk pengguna, mudahlah untuk kita bertanya berkaitan apa saja yang menjadi persoalan tentang barang-barang mereka.

  • Lihat kredibiliti syarikat atau owner penjual dan jika perlu melihat testimoni, yakni pengguna yang telah menggunakan barangan mereka. Testimoni adalah salah satu cara untuk menentukan keyakinan orang ramai terhadap syarikat dan barang-barang yang mereka jual. Kalau boleh dapatkan nombor sijil/nombor siri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) syarikat terbabit.


  • Pastikan ada bukti seperti rekod, kos belian, kiriman atau penghantaran daripada syarikat tersebut. Suruh mereka hantar rekod pembelian, bil belian, kod barangan, tarikh hantaran atau kiriman dan sebagainya jika perlu.

  • Rekod transaksi bayaran yang telah kita lakukan seperti tarikh tranfer wang bayaran dan masa kiriman wang tersebut serta bank mana yang kita pilih.

  • Semak dahulu kualiti atau keadaan barangan tersebut, jangan terus membukanya, agar ia berada dalam keadaan sempurna, yakni tidak rosak, patah, koyak, berkecai, terbuka, kemek dan sebagainya.

  • Jika mendapat barang-barang yang rosak, patah, koyak atau tidak sempurna, bolehlah minta hubungi pihak pembekal atau penjual terbabit. Jika mereka enggan tukar dengan yang lain atau tidak bertanggungjawab, bolehlah report atau melaporkan masalah ini kepada pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai jalan terakhir.


Semoga artikel 10 Tip Beli Barang Online ini dapat memberi sedikit sebanyak tip-tip dan langkah-langkah yang perlu kita ambil sebagai pengguna yang bijak dan bersikap perihatin. Berhati-hatilah dengan penjual secara atas talian agar kita tidak mudah tertipu dengan tipu daya mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Tepu dada tanya hati anda.


Related Posts

2 ulasan:

Terima kasih sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda dapat banyak manfaat. Saya akan membalas setiap komen yang anda berikan. Blog ini sunyi tanpa komen daripada anda semua.