Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX | Saya sebagai pengguna ONEXOX, sudah tentu boleh bercerita serba sedikit tentang pengalaman tersebut. Ramai pengguna yang telah menggunakan smartphone sekarang ini untuk melayari internet, whatsapp, wechat, berfacebook, bertweeter, Instagram dan banyak lagi. Setiap smartphone perlu memasukan simkad untuk terus berhubung ke semua sosial media. Sudahkah anda memiliki simkad ONEXOX?



Pengalaman Bersama ONEXOX
Simkad ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Setiap orang dah banyak pengalaman menggunakan rangkaian telekomunikasi, terutamanya yang menggunakan telco utama, yang mana banyak memberi kelebihan kepada pengguna setia mereka. Pengalaman inilah yang akan menentukan syarikat terbabit dapat bertahan dan menambahbaikan sistem perkhidmatan mereka yang lebih berbanding persaingnya.

Tahukah anda ada pelbagai telco disediakan oleh perkhidmatan rangkaian di negara kita Malaysia. Diantara yang biasa rakyat Malaysia gunakan adalah ONEXOX, Celcom, Maxis, UMobile, Digi, Altel, BestMobile dan TuneTalk. Nak dapat percuma simkad ONEXOX, bolehlah cuba dapatkannya di artikel ini "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA".

Sebenarnya aku sudah banyak bulan menggunakan simkad ONEXOX tetapi disebabkan simkad yang aku guna dulu baru sahaja bertukar daripada CELCOM bertukar ke TUNETALK, maka simkad ONEXOX aku diabaikan begitu saja dan akhirnya telah tamat tempoh (Expire). Bukannya tidak mahu gunakannya tetapi aku sayang dengan nombor lama (MNP). Itu sebablah aku tidak mahu acapkali bertukar telco.

Apabila selesai baca bolehlah menyertai contest yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM2,350 untuk pemenang yang berjaya dalan kategori Contest SEO.






1.0 Apa Itu ONEXOX

Apa Itu ONEXOX? Ia amat penting untuk mengetahuinya kerana syarikat ONE XOX telah ditubuhkan pada tahun 2005. ONE XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera Islam dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO). Sementara itu ONE XOX Sdn Berhad mula ditubuhkan pada tahun 2014 dengan rangkaian mudah alihnya secara eksklusif membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk mereka.

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan rangkaian komunikasi setiap hari. Selain kadarnya yang kompetitif, ia juga memberi penjimatan ke atas setiap panggilan dan SMS yang telah kita gunakan.

2.0 Kelebihan ONEXOX



Pengalaman Bersama ONEXOX
Kelebihan ONEXOX



Setiap telco ada kelebihannya dan tidak terkecuali dengan telco ONEXOX. Kelebihan inilah yang membuat ramai pengguna Malaysia berminat dengan rangkaian mudah alih ONEXOX. Kini ia semakin diminati ramai dan ada yang sanggup bertukar rangkaian Mobile Network Portability (MNP) hanya ingin menikmati kelebihan yang ada pada mereka,

  • 2.1 Syarikat Teguh

Kita sedia maklum, syarikat ini adalah hak milik Bumiputera yang sedang giat mengukuhkan perkhidmatan yang sedia ada ke arah yang lebih baik. Satu bentuk pelan yang bersifat untuk memajukan dan memberi satu kelainan kepada setiap pengguna setia.

Ulasan: Dengan menggunakan syarikat yang teguh kita tidak perlu lagi berasa takut untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

  • 2.2 Visi dan Misi

Visi - Menjadikan perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran yang unik dengan menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

Misi - Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syarikat di dalam perniagaan.

Ulasan: Dengan adanya visi dan misi, kita mendapat sejelas-jelasnya tentang perancangan, matlamat dan ganjaran dan kelebihan lain pada masa akan datang.


  • 2.3 Simkad Super Jimat

Kebanyakannya simkad yang ada di pasar an semuanya jimat, tetapi di ONEXOX ia lebih super jimat. Super jimat bermaksud itu bermaksud semuanya sungguh jimat dari A hingga Z. Apabila saja jimat ia menguntungkan banyak pihak, daripada pengguna hinggalah ke pihak syarikat.

Ulasan: Dengan Simkad Super jimat sudah tentu menjadi pilahan ramai untuk menggunakannya tidak kecuali saya sendiri.

  • 2.4 Harga Murah

Harga sekeping simkad hanya RM10.00 sahaja untuk nombor baru atau kekalkan nombor lama. Setakat yang saya tahu ia masih kekal dengan harga murah walaupun GST telah dilaksanakan.

Ulasan: Dengan harga yang murah dan mampu milih menjadi pilihan buat pengguna untuk mencubanya. Bila dah murah, sudah pasti menjimakan.

  • 2.5 Caj Panggilan Termurah

Kita sebagai pengguna sudah pasti inginkan caj panggilan adalah termurah supaya kita tidak perlu mengeluarkan banyak wang hanya kerana rate call yang tinggi dan tersembunyi. Sambil berjimat kita juga boleh jana pendapatan dengan cara paling mudah.

  • 7 sen Panggilan - Ke sesama rangkaian ONEXOX.
  • 9 sen Panggilan - Ke semua rangkaian.
  • 6 sen Panggilan- Ke Friend & Family Semua Rangkaian.
  • 5 sen Panggilan - Di bawah 10 saat.
Ulasan: Caj Panggilan termurah adalah keperluan utama untuk kita menilai telco tersebut ada super penjimatan. Kalau dah caj panggilan murah, pastinya yang lain akan dicaj murah juga.

  • 2.6 SMS Percuma

Terdapat 1800 SMS percuma diberikan oleh syarikat telco ONEXOX jika menggunakan simkad mereka. Pelanggan setia berpeluang untuk mendapatkan extra kuota 150 SMS Percuma setiap bulan selama 12 bulan. Ada terma dan syarat-syaratnya.

  • Hanya ke talian ONEXOX ke ONEXOX dan XOX sahaja.
  • Kuota pertama diberikan sebaik sahaja simkad diaktifkan langganannya.
  • Kuota seterusnya adalah diberikan pada awal setiap bulan.
  • Pastikan simkad sentiasa aktif, lebih lagi pada awal bulan.
  • Kuota yang lebih akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • SMS percuma tak boleh dipindah milik atau ditukar kepada apa-apa jua bentuk.
  • Kadar serendah 5 sen untu ke semua rangkaian.
Ulasan: SMS percuma sebanyak 1800 SMS, sudah pasti tidak akan habis walaupun setahun kita gunakannya, lebih lagi zaman sekarang yang dah ada yang percuma seperi WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

2.7 Tarikh Luput Panjang (MNP)

Lanjutan tempoh sah sehingga 28 bulan. Menarikkan...? 


Pengalaman Bersama ONEXOX
ONEXOX Menawarkan Tempoh Aktif Selama 28 Bulan (MNP)

  • Tawaran ini diberikan keistimewaan kepada semua pelanggan yang telah memindahkan nombor lama kesayangan mereka ke pelan ONEXOX. 
  • Tarikh luput tempoh sah akaun prabayar kita akan diubahsuai menjadi panjang ke 28 bulan dalam tempoh 2 minggu setelah pengaktifan simkad dibuat. 
  • Tiada apa-apa syarat dikenakan. 
  • Jika tiada perubahan setelah tempoh 2 minggu diberikan, boleh hubungi ke pihak syarikat di perkhidmatan pelanggan di talian 12273 untuk diubahsuai secara manual. 
  • Tempoh sah selama 365 hari setelah tempoh sah akaun dikumpulkan secara automatik setiap kali kita top up.
Ulasan: Tarikh luput yang panjang ada kelebihannya kerana kita tidak perlu lagi semak "Sudah expired dah ke jangka hayat kredit aku? Itu persoalan yang sering ditanya di benak hati kita. Itulah untungnya bila tarikh luput panjang (MNP) dengan syarat tukar nombor lama (lain rangkaian) ke ONEXOX. Hanya top RM50 sahaja, kita boleh dapat tarikh luput selama 28 bualan, amat panjang tu.

2.8 Pelbagai Ganjaran

Ada pelbagai ganjaran lagi yang boleh kita perolehi terutamanya...

  • User Get User - Salah satu kelebihan luarbiasa yang tiada pada telco lain selain ONEXOX iaitu User Get User. Di mana apabila kita berkongsi, kita akan diberi ganjaran. Lebih lagi jika mengajak orang lain untuk turut serta berminat menggunakan. maka kita akan diberi ganjaran sebanyak 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan. Kita akan dapat sepanjang hajat selagi mereka juga menggunakannya. kemungkinan besar kita tidak perlu top up lagi kerana ia cukup dengan kadar 6% setiap bulan daripada pengguna yang turut menyertainya tadi. 
  • Tiada Caj Tersembunyi - ONEXOX memberi jaminan tiada caj tersembunyi, kehilangan kredit dan juga tiada SPAM ke atas handphone pengguna-pengguna prepaid ONEXOX. Caj dikenakan ikut apa yang telah digunakan sahaja dan telus tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi. 
  • 10 Nombor "Family & Rakan" Semua Rangkaian - Dengan menggunakan simkad ONEXOX kita boleh settingkan 10 nombor "Family & Friend" semua rangkaian telco untuk dapatkan lebih penjimatan. Dalam senarai "Family & Friends" boleh masukkan semua nombor termasuk rangkaian lain perti Maxis, Celcom, TuneTalk, UMobile, DiGi, Altel dan talian tetap Telekom Malaysia (TM).
Ulasan: Apabila ada banyak ganjaran, maka minat pengguna untuk menggunakannya semakin tinggi dan sudah pasti mendapat sambutan yang mengalakkan adarpada pengguna yang ingin menjimatkan wang mereka.

2.9 Data Internet Berkelajuan Tinggi

Dengan teknologi terkini, semuanya dihujung jari. Maka sudah tentu kita memerlukan internet berkelajuan tinggi dan pelan data yang murah dan fleksibel. Amat berbaloi dengan simkad ONEXOX.

  • Pelan Data 1 - Dengan hanya RM28,  kita boleh dapat pelan data sebanyak 1.5GB.
  • Pelan Data 2 - Dengan hanya RM48 (sebelum ini RM68), kita boleh dapat pelan data sebanyak 3GB.
  • Pelan Data 3 - Dengan hanya RM58 (sebelum ini RM98), kita akan dapat pelan data sebanyak 4GB.
Ulasan: Zaman sekarang ini semuanya memerlukan internet/online untuk berhubung dengan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja untuk pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi. Maka dengan data internet berkelajuabn tinggi amat diperlukan. 

2.10 Peluang Kerjaya Sebagai Dealer

Kita boleh memohon sebagai dealer dan mula menjana pendapatan sampingan tanpa had. Pelbagai insentif diberikan dan keuntungan dengan margin yang besar tanpa perlu keluar modal yang besar dan simpan produk (simkad) yang banyak.

Ulasan: Inilah peluang untuk dapatkan pasif income yang paling mudah dan selesa kerana tidak memerlukan modal dan peluang ini sudah ramai yang dapat kecapi.

3.0 Kekurangan ONEXOX

Setiap kelebihan pasti ada juga kekurangannya. Tetapi di mana kekurangan ONEXOX ini hingga ada yang dulu menggunakan rangkaian lain dan ingin mencuba ONEXOX tetapi tidak lama kemudian bertukar pula ke rangkaian lain. Mari kita lihat dapatkah kekurangan ini mengatasi kelebihan yang ada pada simkad ONEXOX?

  • Kuota Cepat Habis - Bila kuota cepat habis, maka nak berinternet tidak dapat digunakan walaupun hanya sekadar bersosial melalui sms di WhatsApp, WeChat, Telegram dan sebagainya. Ia tidak seperti telco lain, walaupun habis kuota tetapi boleh lagi menggunakan untuk bersosial.
  • Pelan Tidak Fleksibel - Yakni menggunakan 2 jenis akaun DA (dedikasi) dan MA (utama). Satu pelan yang menyusahkan pengguna untuk mengetahui akaun mana perlu diutamakan. Walaupun boleh dibuat perpindahan kredit dari DA ke MA atau sebaliknya tetapi membuat pengguna menjadi keliru. Lebih lagi sistem pertukaran ini sangat sukar dikendalikan. 

4.0 Pilihan Di Tangan Anda

Kini semua kelebihan dan ganjaran serta pendapatan sampingan sudah diketahui. Bagaimana mahu menilainya terserah kepada diri kita sendiri. "Tepuk Dada Tanya Hati". Adakah ianya berbaloi atau sebaliknya. Terserah kepada individu masing-masing bagaimana mahu memulakannya atau kita ingin tunggu dan lihat sahaja?


5.0 Jom Sertai Contest SEO ONEXOX



Pengalaman Bersama ONEXOX
Contest SEO ONEXOX



Sudah banyak kali menyertai CONTEST SEO anjuran blogger Malaysia tetapi tidak pernah menang tempat pertama, kedua atau ketiga, kalau saguhati tu adalah juga menang. Kali ini saya tidak ketinggalan untuk turut serta dalam contest ini. Menang atau kalah itu adab dalam pertandingan. Jom Sertai Contest SEO Hadiah Lumayan yang sedang menanti anda semua.

Kenapa anda perlu sertai contest ini, salah satunya dapat percuma sekeping simkad dengan syarat kena daftar dahulu di blog Coretan Anuar. Semoga berjaya buat semua peserta.


6.0 Penaja Contest

Di bawah ini adalah senarai penaja Contest SEO ONEXOX. Senarai penaja wajib diletakkan di blog anda jika ingin menyertaanya. Senarai penaja akan bertambah, oleh itu kena pantau setiap masa agar senarai penaja ini diletakkan di artikel anda nanti.


Penutup

Semua telco di Malaysia adalah terbaik dan ada kelebihan masing-masing. Mana-mana pengguna pasti tahu telco mana yang terbaik dan paling sesuai untuk mereka gunakan. Kerana setiap sen dan ringgit yang mereka keluarkan kebanyakan dihabiskan dengan top up kredit agar tidak terputus hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan sesiapa saja yang mereka perlu berhubung, disamping itu juga segala aktiviti berinternet, bersosial dan bertanya khabar dengan keluarga tersayang.

Sebagai penutup artikel ini saya sarankan jangan lupa baca artikel ini "Pengalaman Bersama ONEXOX" dan ikuti "Teruja Kisah Pengalaman Bersama ONEXOX". Apabila baca kisah ini, ia memberi sedikit penerangan berkaitan pengalaman saya ketika bersama ONEXOX.

Jangan lupa...tidak lama lagi kita akan menuju ke tahun 2016. Oleh itu jangan lupa kita Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016 nanti. Semoga tahun baru kita dapat pasif income berterusan dengan telco ONEXOX. Simkad super jimat.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
58 Komentar untuk "Pengalaman Bersama ONEXOX"

Pelbagai manaat OneXox ni untuk penggunanya ya..guna dan dapat buat income

tak tahu yang mana satu nak pilih sekarang..kalau ikutkan hati masih suka dengan Best Mobile

Banyak kelebihan yang ada pada Onexox. Boleh buat duit lagi jika pandai rebut peluang.

teringat pulak dulu cik tom suka jugak buat entri ada subtopik camni esp. entri informasi..tapi skang dh malas..kagum dengan kuasa penulisan kamil yg panjang lebar :)

Terima kasih cik tom sudi membalas kunjungan. Saya buat artikel macam ni kerana nsk dapatkan rangking di google search. Harap-harap ia menjadi.

lebih selesa dengan simkad sekarang.

apapun, good luck dengan onexox.

Saya dah janka bor Titan tidak akan join mana-mana telco yang bertujuan untuk buat jana income daripada pengguna simkad tersebut.

terbaik la bro kamil salleh entry penuh dgn maklumat

wow.... yang teratas tu bro. panjang sungguh artikel ni.

Rugi rasanya kalau tidak guna simkad telco onexox, banyak kelebihannya.

terbaik penulisan.. :) dah macam tulis ebook

Teratas pun sementara je bro.... harap-harap ia kekal di tangga teratas selama yang mungkin. Insha Allah....

Yup...nak buat artikel biarlah penuh dengan maklumat agar pembaca mudah faham dan menarik minat pengguna untuk mencuba OneXoX.

Saya sekadar membuat artikel dengan cara terbaik dan mudah difahami...bro.

insyaAllah menjadi..sebab kebanyakan entri ciktom yg buat subtopik mmg mudah masuk ranking google berbanding entri biasa..hehe

good luck ye!

penulisan ni mmg menarik..rs cam dh baca buku...bro kamil berkebolehan dlm penulisan nmpk gayanya..

Assalam Bagus2x @Kamil Salleh.
Dah start guna onexox.

Saya dah setahun 6 bln bersama2x onexox ini.
Tak mengecewakan.

Sy

Amin Johar
Area Dealer ONEXOX

Salam... Tuan Kamil Salleh,
Saya cuba hubungi nombor ONEXOX tuan... Tapi tak dapat... Tuan dah aktifkan ke belum nombor tu?

Terima aksih Cik Tom di atas pujian anda. Semoga penulisan saya akan lebih baik lagi selepas ini. Insya Allah....

Saya dah start guna ONEXOX, tetapi masih keliru dengan 2 bahagian akaun kredit iaitu berkaitan MA dan DA?

Saya dah aktif dan sudah topup RM50 dan dah diberi expire kredit selama 36 bulan, kalau tak silap sayalah pada 27/5/2018.

salam...

ulasan yang padat

semoga berjaya

Terima kasih Ummi Hanie sudi memberi sokongan terhadap artikel ini. Doakan agar saya salah seorang pemenang dalam Contest SEO ini "Pengalaman Bersama ONEXOX".

Terima kasih Puan Raihanah di atas sokongan anda yang sentiasa memberi support yang tidak berbelah-bagi.

Moga Puan Raihanah beroleh kejayaan dan kebahagia di dunia dan akhirat.

sebenarnya sangat bagus pakai ONEXOX.

dahlah jimat tahap gaban, topap bila perlu je. tak payah pining2 asyik topap bila tempoh tamat. internet pun murah berbanding line lain.

dulu yeop suka guna nombor banyak dgn line berbeza. saja je test apa yg kurang, apa yg bagus. tu masa dulu.

sekarang, semua syarikat telco kecuali XOX & ONEXOX pikir keuntungan semata-mata. tu yeop keluar dari talian asal ke ONEXOX dengan meng-MNP-kan nombor asal.

syukur, yeop tak perlu stress dengan masalah-masalah lain.

nak baca lebih, layari yeopmaz.com/category/onexox

perbezaan antara DA & MA adalah pakej jimat dan kadar sama rata antara line sama & line lain.

DA (dedicate account) adalah pelan yang mementingkan penjimatan secara langsung untuk panggilan & sms.

MA (main account) adalah pelan yang menggunakan kadar sama rata antara panggilan biasa (dan semestinya sangat berbeza antara DA) dan semestinya boleh melanggan Internet dengan pakej-pakej tertentu.

pengiraan amat mudah.

jika anda mempunyai kredit DA, anda akan penjimatan tahap bagus hanya RM0.18 sahaja seminit untuk panggilan selain XOX & ONEXOX.

berbeza pula dgn MA, kadar panggilan sama rata hanya RM0.24 seminit untuk panggilan yang sama.

tapi anda mesti habiskan akaun DA sebelum menggunakan MA.

dengan erti kata lain, pihak syarikat tak perlu buat pakej lain seperti telco lain.

Terima kasih Yeop Maz sudi memberi penerangan panjang lebar tentang kelebihan telco ONEXOX ini. Insha Allah akan gunakan rangkaian ini sebaik mungkin.

Terima kasih saudara Yeop Maz ONEXOX beri penerangan tentang MA dan DA.

Zumal pun pengguna Onexox, memang teruja guna line. Tak takut terlupa nak topup sebab tempoh luput 2 tahun lebih.

Tulah bila dah biasa dengan ONEXOX, pastinya tidak mahu lagi dengan telco lain.

tarikh luput yang lama tu yg best. semoga berjaya

pernah kurang berjaya dalam BM...dahulu..kini nak bangkit balik namun dalam bidang yang berlainan pula

salam singgah...memang banyak kelebihan jika mengunakan Onexox ni...saya sendiri dah 3 bulan bertukar pada Onexox tapi masih mengekalkan nombor lama...salah satu kelebihan yg paling saya suka...tarikh luput kredit yg panjang...dulu asyik la nak kene topup je walau pon kredit dalam tu banyak je lagi....

Adik saya pun dah beralih kepada perkhidmatan onexox ni, saya ja masih kekal dengan telco yang lama sebab ada kontrak

sama2, thanks atas doa. terima kasih juga pada tuan yang support banyak kat saya

Memang terbaik ONEXOX ni, berjaya menengelamkan TE.

Adik pun convert satu family pada ONEXOX

sangat menjimatkan bila call atau sms, semoga berjaya bro Kamil salleh :)

sangat menjimatkan bila call atau sms, semoga berjaya bro Kamil salleh :)

Pilihan saya...yg service bagus dan harga berpatutan

Terima kasih Bahrain. Sokongan anda dialu-alukan dan moga anda kaya dan berjaya. Insha Allah.

TQ MrHanafi. Saya pun dah tukar BM ke ONEXOX. Sekarang dah start guna ONEXOX.

Betul tu Malinda, tarikh luput 28 bulan yang panjang membuatkan ramai yang gunakan Onexox. Simkad super jimat.

Wah rupanya dah ramai yang convert drp telco lain ke Onexox.

Betul tu Murni. Tarikh luput pun panjang benar. Tak payah nak topip byk kali hanya RM50 sekaligus.

Terima kasih Fidah bagi support kat entri ini. Memang betul simkad onexox super jimat.

Yup... harga cuma RM10, sesiapa pun boleh beli. Tidak seperti TE.

ramai juga yang dah pakai skrg ni :)

Sop bila nak pakai simkad ONEXOX.

Sama-sama kita pakat support diantara satu sama lain bagi merapatkan lagi ukhwah antara blogger.

Yeop pun dah aktif menjadi dealer. Pasti tidak mengecewakan.

Memang menarik dan simkad super jimat.

banyak perkara yang membuatkan aku suka dengan onexox ni...perkara yang utama adalah jimat...punca aku tukar kepada onexox dulu adalah disebabkan selalu kredit kena telan..mau tak sakit hati asyik hilang kredit je...sebab itu aku mnp nombor lama kepada onexox...semoga onexox terus maju..gud luck untuk bro

Terima kasih Blogger lelaki... sama-sama kita pakat guna simlad ONEXOX, super jimat, betul-betul jimat.

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top