Kenali Malaysia No 1 URL Shortener

CONTENTS
Pendahuluan
Kenali Malaysia No 1 URL Shortener
1.0 Apa Itu Malaysia No 1 URL Shortener
2.0 Apakah Fungsinya?
3.0 Kelebihan Malaysia URL Shortenar
4.0 Kekurangan Malaysia URL Shortener
5.0 Di Mana Boleh Dapatkannya?
6.0 Bagaimana Ianya Dijalankan?
7.0 Betulkah Atau Spammer
8.0 Gunalah Malaysia URL Shortener
Penutup


Pendahuluan

Kenali Malaysia URL No 1 Shortener sekarang untuk mengetahui bagaimana link blog/entri anda boleh dipendekkan. Satu sistem yang direka anak Malaysia khas untuk pengguna di Malaysia. Mari kita kenali aplikasi ini supaya senang nanti untuk anda gunakan selepas ini.



Malaysia No 


Kenali Malaysia No 1 URL Shortener

Masih ramai yang belum mengenali Malaysia No 1 URL Shortener? Nah...inilah masanya untuk anda mengenalinya. Jika sudah kenal, tahniah buat anda. Jika belum lagi.... mari kita mengenali lebih dekat berkenaan URL Shortener yakni segala URL website/blog/entri kita boleh dipendekkan. Mudah dan senang diingati. Bolehlah baca tentang Malaysia URL Shortener di bawah untuk penjelasa lebih lanjut.

Lynk™ merupakan satu sistem pemendek url ( Url Shortener ) yang bukan sahaja memudahkan urusan dalam mengingat Url atau alamat web yang panjang malah menjana pendapatan melalui sistem bayaran setiap klik. Sistem ini dianggap supaya dapat memudahkan semua blogger secara umumnya dan secara khasnya untuk pengguna IT di Malaysia.

Sistem ini dilancarkan pada tahun 2014 oleh Hexatology Network bertujuan memberi pilihan kepada pengguna internet khususnya di Malaysia untuk menjana pendapatan secara atas talian. SUMBER: Wikipedia.


1.0 Apa Itu Malaysia No 1 URL Shortener

Malaysia No 1 URL Shortener adalah satu website yang menyediakan satu sistem untuk memendekkan URL website/blog/entri anda. Ia satu sistem yang dibangunkan oleh anak Malaysia iaitu lynk.my atau dikendalikan Hexa Cooperation Sdn Bhd. Percuma sahaja untuk menggunakan sistem ini.


2.0 Apakah Fungsinya?

Malaysia No 1 URL Shortener berfungsi untuk memudahkan dan senang diingati tentang alamat website/blog/entri anda. Alamat URL blog yang panjang boleh dipendekkan tidak sampai 5 saat. Ia bukan saja mudah diingati tetapi juga boleh menyembunyikan URL (link) yang asal. Boleh lihat contoh di bawah ini.



  • Ini adalah URL entri sebelum di LYNK IT lagi.



Kenali Malaysia No 1 URL Shortener
URL Entri Sebelum Dipendekkan Di Lynk.my




  • Ini adalah URL entri yang sudah di LYNK IT.



URL Entri Setelah Dipendekkan Di Lynk.my


Bukan setakat percuma sahaja, ia juga boleh membuat duit. Bagaimana tu? Dalam kita boleh memendekkan URL, kita juga boleh menjana income dengan cara paling mudah dan cepat. Dalam sistem ini ada 2 kategori yang boleh kita pilih.


  • Publisher - Di publisher, kita boleh menghasilkan 1000 unique Visitor (UV). Apabila URL Shortener anda di klik, ianya sudah dikira mula menjana UV, Cukup saja UV yang mereka tetapkan, kita boleh tukar dalam bentuk duit. Menarikkan? Kita bolehlah pendekkan URL entri atau blog anda, kemudian kongsi di mana-mana media sosial. Selepas itu tunggu je income masuk ke akaun bank anda.

  • Advertiser - Bagi yang ingin membuat pengiklanan di lynk.my, bolehlah beriklan melaluinya. Hanya RM10 dikenakan untuk beriklan. Satu jumlah yang amat murah. Kita tidak memerlukan modal yang besar untuk beriklan, di lynk.my ada kemudahannya. Pendaftaran untuk fungsi Advertiser hanya percuma sahaja.

3.0 Kelebihan Malaysia No 1 URL Shortener

Setiap benda ada kelebihannya, tidak terkecuali di lynk.my. Dalam setiap kelebihan ada kekurangannya. Jom kita pergi apa kelebihannya.....

  • Sudah tentu bila menggunakan servis Malaysia URL Shortenet ia akan memendekkan link entri anda. Ini akan menghilangkan identiti domain dan tajuk asal entri terbabit.
  • Ini dapat mengurangkan jumlah aksara dan pula tidak perlu menaip dengan panjang link  entri tersebut.
  • Boleh menjimatkan ruang dan masa. 
  • Senang untuk berkongsi ke mana-mana media sosial.
  • Dapat mengurangkan kesilapan semasa menaip atau lebih tepat tidak banyak melakukan kesilapan.
  • Dengan menggunakan URL shortener, ia kelihatan amat kemas dan mudah diingati.


4.0 Kekurangan Malaysia N0 1 URL Shortener

Disebalik kesan positif, pasti ada juga kesan negatif yang boleh kita dapati ketika menggunakan URL shortener. Apakah kekurangan tersebut.....

  • Disalah guna oleh pihak tertentu untuk tujuan dan kepentingan mereka.
  • Menipu pengguna dengan URL Shortener link yang mengelirukan hanya ingin mendapatkan keuntungan dengan cara yang tidak jujur dan penipuan yang licik.
  • Ia juga menjadi tempat untuk melakukan spammer, spyware, malware, curi trafik, menghantar virus dan mencuri data peribadi dan sebagainya.
  • Menyembunyikan link yang tidak sihat dan menuju ke arah website pornografi, seks, lucah dan sebagainya.
  • Masa loading sesuatu URL Shortener memakan masa yang lama untuk diproses.
  • Akan berlakuknya Broken Link, 404 error, blocking post dan sebagainya.

5.0 Di Mana Boleh Dapatkannya?

Anda boleh dapatkan servis percuma di Website ini atau terus ke link ini http://lynk.my/ohm. I adalah percuma semasa pendaftaran dan menggunakan Publisher. Sumber-sumber yang boleh dipercayai dan ramai yang dah menggunakan servis ini dan income terus ke akaun bank mereka apabila cukup jumlah UV mereka perolehi mencukupi.


6.0 Bagaimana Ia Dijalankan?

Kenali Malaysia No 1 URL Shortener dahulu sebelun anda gunakannya dan jalan terbaik untuk menjalankan servis atau kemudahan ini. Jika ianya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak lynk.my, tidak mustahil kita boleh jalankan secara mudah dan selamat.

  • Klik JOIN NOW. Isikan maklumat yang diperlukan seperti username, password, comfirm password, alamat emel anda dan pilih akaun seperti Advertiser atau Publisher.
  • Kemudian klik "I Want To Join Lynk"
  • Pendaftaran anda akan disahkan oleh pihak lynk.my dan anda bolehlah guna CONTEST ID yang mereka bagikan untuk mengajak rakan-rakan atau sesiapa saja mmenyertainya. Bolehlah berkongsi di media sosial yang lain selain di blog anda.




7.0 Betulkah Atau Spammer?

Ramai yang kata Malaysia URL No 1 Shortener adalah spammer, betul ke? atau sengaja untuk mengagalkan sistem lynk.my ini. Setakat hari ini, tiada lagi ianya dicop sebagai spammer. Kita sedia maklum link url mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak beretika. Bagaimana jika berlaku perkongsian URL Shortener melampau di Facebook atau di mana media sosial.


Setiap link pasti mudah terkena malware, oleh itu gunalah secara berhemah dan berhati-hati. jangan kongsikan link terkena virus dan malware, nanti akan terkena oleh pengguna lain.


8.0 Gunalah Malaysia No 1 URL Shortener

Kini saya sudah menggunakannya. Saya pun telah berdaftar dan sudah menjadi peserta "Contest Review Lynk.my 2015. Anda pula bila lagi. Ia masih lagi berlangsung bermula pada 27 Oktober yang lalu dan akan berakhir pada 27 Disember 2015. Jom lekas sertainya.... Ada banyak hadiah lumayan menanti anda.

Marilah kita "Kenali Malaysia No 1 URL Shortener" untuk memendekkan url entri anda dengan lebih mudah dan selamat. Gunalah setiap ,masa servis yang mereka tawarkan. Sokonglah barangan buatan Malaysia, satu sistem ciptaan anak Malaysia khas untuk pengguna di Malaysia.

Penutup

Inilah masanya untuk menggunakan URL Shortener Buatan Malaysia. Sebelum ini kita hanya biasa gunakan URL Shortener daripada luar iaitu Google URL Shortener, bit.do, adf.ly, bitly.com, tinyurl.com, bit.ly, ow.ly dan banyak lagi yang berada di luar sana.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Kenali Malaysia No 1 URL Shortener"

Info yang menarik... Tapi kalau sy sendiri.. Tak suka link yg singkat macam ni.. Takut virus atau iklan yg entah apa2..

Sya selalu gna lynk.com nie tuk jana pndapatan sikit..

Guna lynk ni memang best dan mudah. Dia tak macam yang lain. Iklan dia simple je..

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top