Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger. Tema hari kemerdekaan kali ke-57 untuk tahun ini cukup mendalam pengertiannya. Suatu perasaan yang lahir dari jiwa untuk di tanam di setiap insan yang lahir di bumi bertuah Malaysia. Dengan tema ini jugalah terbinanya segmen daripada blog Hasrul Hassan. Tanpa berlegah lagi saya menyahut cabaran ini tanda kecintaan saya pada negara.


Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta





Tema hari kemerdekaan kali ke-57 untuk tahun 2014. Cukup menusuk jiwa setiap insan. Kecintaan kita pada negara perlu disemai tanda kasih dan sayang kita pada negara tercinta Malaysia. 

Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Sebagai seorang blogger kita ada peranannya untuk menzahirkan cinta kita pada ibu pertiwi. Ia meningkatkan sikap dan semangat nasionalisme dan patriotik terhadap negara. Antara yang boleh saya lakukan sebagai seorang blogger ialah:
  • Menulis entri berkaitan hari kemerdekaan atau berkongsepkan nasionalisme.
  • Tanamkan dalam diri semangat kecintaan kita pada negara dengan mendengar lagu-lagu patrotik.
  • Menyokong setiap seminar atau perhimpunan yang menjuruskan ke arah satu semangat kewarganegaraan.
  • Mengibarkan "Jalur Gemilang" di kenderaan, kediaman rumah atau kedai perniagaan kita.
  • Menjalinkan ikatan ukhwah sesama bangsa atau kaum agar tiada persengketaan antara kaum.
  • Gunting artikel di majalah, akbar atau media massa dan ditampal di dindin rumah agar diri kita, anak-anak dan keluarga turut menjayakannya agar cinta kita bertambah lagi terhadap negara.
  • Masuk contest, giveaway atau contest berkaitan hari kemerdekaan supaya artikel yang kita hasilkan berkualiti dan bermutu. Ini akan menarik pembaca dapat menghayati dan memupuk kecintaan kita pada negara.

Segmen Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.


Segmen ini dianjurkan oleh Tuan Hasrul Hassan bagi menzahirkan hari kemerdekaan kali ke-57. Jom ramai-ramai kita jayakan segmen ini tanda kecintaan kita pada negara tercinta Malaysia. Syarat-syaratnya adalah:

  • Buat satu entri dengan tajuk - Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.
  • Masukkan banner di bawah ini di dalam entri anda, dan link ke entri blog Hasrul Hassan.

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com
Segmen Blogger Malaysia Anjuran Hasrul Hassan
  • Tulis tidak lebih dari 300 patah perkataan dan nyatakan mengenai peranan anda sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa yang anda boleh lakukan menerusi medium blog untuk tunjukkan kecintaan anda terhadap Malaysia.
  • Dah siap, tinggalkan URL entri artikel anda dalam komen blog Hasrul Hassan.

Tarikh Tutup


Hantarkan url entri anda sebelum 31 Ogos 2014. Senarai blog dan blogger yang join segmen ini akan diterbitkan pada 1 September 2014 di blog Hasrul Hassan. Pastikan blog anda tersenarai bersama dengan rakan blogger lain zahirkan kecintaan terhadap ibu pertiwi ini.

Akhir kata... saya di sini ingin mengucapkan "Salam Kemerdekaa Ke-57" kepada semua rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia. Cintailah Negara kita Malaysia.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
13 Komentar untuk "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger"

selamat bersegmen..Salam kemerdekaan =)

Menarik segmen ni, kalau ada masa boleh join ni. hehhe

Salam kemerdekaan... salam 1 Malaysia dan moga berjaya terpilih.

Selamat bersegmen dan semoga terpilih. Insya Allah..

Cepatlah join...ada masa lagi ni. Semoga dpt bersegmen dan berjaya terpilih,

merdeka merdeka merdeka.

2 segmen pad 1 masa, umpama killing 2 bird with 1 stone :)

Selamat bersegmen dan Salam Merdeka ^_^

Huhuhu. Sudah terlambat nak join. Mampu tengok dari jauh je le

Salam buat Puan Aniza... Salam kemerdekaan ke-57, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Moga mendapat rahmat Allah Taala sekeluarga.

Salam kemerdekaan!
Di sini lahirnya sebuah cinta (y)
Hari Malaysia pula tak lama lagi =)

syirashahar.blogspot.com

Website Designer KL specialize in website design, e-commerce solutions, digital marketing, branding strategy and much more.

We strongly believe that having a high-quality website doesn't necessarily need to cost a huge sum of money. Hence, we are a group of professionals that came together with a goal in mind: to deliver excellent web designs that provide value to our customers that range from startups to enterprises and large organizations.

 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top